11 Jenis Durian Popular dan Laris di Malaysia

"Durian Malaysia", bagi negara yang beriklim tropika seperti Malaysia semestinya tiada musim-musim yang selalu terjadi di negara-negara yang semakin hampir dengan kutub bumi. Musim panas, bunga, luruh dan sejuk memang tidak akan Malaysia alami. Namun, negara kita pun ada musim-musimnya, musim buah, musim cuti sekolah, musim banjir dan musim viral.

Jenis Durian Popular dan Laris di Malaysia

Jenis Jenis Durian Popular Di Malaysia

Musim yang sering dinanti-nantikan oleh orang kita adalah musim buah. Musim buah umpama syurga peminat buah-buahan tempatan yang bermusim. Musim buah pula ada kategori musimnya, musim buah manggis, musim buah rambutan yang paling dinantikan ramai adalah musim buah durian.

Musim durian adalah raja segala musim buah. Sebagaimana penulis sendiri, apabila tiba musim durian tidak akan lepaskan peluang untuk mendapatkan rasa durian untuk tahun tersebut.

Memang sudah ada durian yang datangnya dari Thailand yang tidak kira musim. Namun, spesis durian tersebut bagi penulis umpama durian 'transgender' bukan yang asli. Durian yang gugur dari pokoknya ketika musim durian adalah durian sejati.

Di Malaysia, pelbagai jenis buah durian yang dapat dirasai. Dari durian kampung sehinggalah durian yang telah dikacuk. Namun, identiti durian Malaysia masih ada. Kebanyakkan durian ini adalah yang sudah di klon. Terdapat lebih dari 100 jenis klon durian yang telah didaftarkan dengan jabatan pertanian. Namun, terdapat 11 jenis klon yang popular dan boleh dikatakan terbaik dan biasa ditemui ketika musim durian di Malaysia.

Jenis Durian Popular dan Laris di Malaysia

1. D2: Durian Dato' Nina

  • Tempat Daftar, Asal: Ayer Molek, Melaka
  • Tarikh Daftar: 1934
  • Ciri-Ciri: Buah sederhana besar dan kulit berwarna gangsa
  • Isi: Tebal dan berwarna kuning keemasan
  • Rasa: Lemak manis

2. D7

  • Tempat Daftar, Asal: Kajang, Selangor
  • Tarikh Daftar: 1934
  • Ciri-Ciri: Buah sederhana besar, berbentuk oblong
  • Isi: Berwarna kuning
  • Rasa: Lemak manis

3. D24

  • Tempat Daftar, Asal: Bukit Merah Reservoir, Perak
  • Tarikh Daftar: 30.11.1937
  • Ciri-Ciri: Terdapat ruangan pangsa tidak sempurna di tengah-tengah pangsa
  • Isi: Tebal dan berwarna kuning
  • Rasa: Manis, sedikit pahit dan lemak

4. D96: Bangkok A

  • Tempat Daftar, Asal: PPK Serdang, Selangor
  • Tarikh Daftar: 12.2.1955
  • Ciri-Ciri: Buah sederhana besar dan berwarna gangsa apabila matang
  • Isi: Tebal dan berwarna oren
  • Rasa: Lemak manis

5. D99: Durian Kop Kecil (Thailand)

  • Tempat Daftar, Asal: Thailand
  • Tarikh Daftar: 17.6.1970
  • Ciri-Ciri: Buah sederhana besar dan bulat tetapi dempak di tangkai dan di hujung buah
  • Isi: Sederhana Tebal dan berwarna kuning
  • Rasa: Manis dan iranya halus

6. D123: Chanee (jenis Thailand)

  • Tempat Daftar, Asal: RIM Nursery, Sungai Buloh, Selangor
  • Tarikh Daftar: 14.7.1971
  • Ciri-Ciri: Buah besar dan panjang, kulit berwarna hijau keperangan
  • Isi: Berwarna kuning keemasan
  • Rasa: Lemak manis dan aroma yang kuat

7. D132: Durian Eddie Special

  • Tempat Daftar, Asal: RIM Nursery, Sungai Buloh, Selangor
  • Tarikh Daftar: 28.3.1973
  • Ciri-Ciri: Buah sederhana besar, bulat, dan kulit berwarna hijau
  • Isi: Berwarna putih
  • Rasa: Lemak manis dan lembut teksturnya

8. D160: Durian Musang Queen / Buluh Bawah / Tekka / Chok Kiok

  • Tempat Daftar, Asal: Banting, Kuala Langat, Selangor
  • Tarikh Daftar: 30.6.1987
  • Ciri-Ciri: Buah bersaiz besar, bujur panjang
  • Ciri Khas: Terdapat ruangan di tengah-tengah pangsa berwarna oren
  • Isi: Berwarna kuning oren
  • Rasa: Sedikit pahit dan lemak

9. D168: Durian Mas Hajah Hasmah Mas Muar

  • Tempat Daftar, Asal: Muar, Johor
  • Tarikh Daftar: 24.5.1989
  • Ciri-Ciri: Buah sederhana besar, bulat, dan kulit berwarna hijau perang
  • Isi: Berwarna kuning oren
  • Rasa: Lemak manis, sedikit pahit dan lemak

10. D197: Durian Musang King / Raja Kunyit / Mao Shan Wang

  • Tempat Daftar, Asal: Tanah Merah, Kelantan
  • Tarikh Daftar: 9.12.1993
  • Ciri-Ciri: Buah sederhana besar, bulat, dan kulit berwarna hijau perang
  • Ciri Khas: Terdapat garisan bintang 5 yang ketara dibawah hujung pangsa
  • Isi: Berwarna kuning
  • Rasa: Manis, sedikit pahit dan lemak

11. D198: Durian Kim Hong / Golden Phoenix

  • Tempat Daftar, Asal: Batu Pahat, Johor
  • Tarikh Daftar: Mac 2013
  • Ciri-Ciri: Buah sederhana besar, bujur, pangsa yang nipis
  • Isi: Berwarna kuning pucat
  • Rasa: Manis, sedikit pahit dan lemak
Senarai jenis durian di atas adalah sebahagian dari 123 jenis klon durian yang didaftarkan oleh Jabatan Pertanian Malaysia. 11 jenis ini biasa ditemui di pasaran dan cukup popular seperti durian D24 dan Musang king yang mampu mencecah harga RM60-70/kilogram.

Dengar namanya sahaja sudah terbayang isi durian dengan aroma yang cair di dalam mulut, jika durian yang betul-betul ranum.

Dari pengalaman penulis, musim durian juga terbahagi kepada tiga kategori. Pertama, musim promosi, musim ini durian masih dalam pengenalan untuk tahun tersebut, harga ketika ini agak mahal.

Waktu pertengahan, harga masih mahal dan banyak tempat yang sudah mula melonggokkan durian, longgok tetapi dengan harga timbang. Pada hujung musim harga mulai jatuh, buah yang gagal dijual pada dua tahap tadi akan dilelong kepada ramai dari jualan lintah darat (timbang) sudah ada penjual yang akan menjual secara longgok, risau kalau kerugian buah tidak habis.

Kebanyakkan buah durian yang berjaya di jual di Lembah Klang adalah dari Perak dan Pahang.

Sumber

Related Posts: