Resipi Ala Shell Out Di Rumah Saja

Resipi Ala Shell Out Di Rumah Saja

Geram pula bila tengok ramai yang post status di media sosial sebuah restoren Shell Out yang sedang trending di Lembah Klang ini. Tanpa pinggan hidangan makanan laut dilambak diatas meja yang beralas kertas parchment.

Hidangan restoran Shell Out ini memang buat kita telan air liur. Bayangkan ketam, sotong, udang penuh meja dengan sambal menunggu masa untuk diratah. Aduh tak boleh tahan, tarikan inilah yang memanggil-manggil untuk pengunjung datang. Tapi nak makan selalu kena beringat juga maklumlah mahal, makan tiga orang boleh cecah ratusan.

Tengok tu hidangan dilambak atas meja saja yang dialas kertas.

Resipi Ala Shell Out Di Rumah Saja

Makan pulak dengan tangan, memang nikmat.

Resipi Ala Shell Out Di Rumah Saja

Jadinya atas dasar penjimatan VK berusaha menggugel mencari resepi ala-ala Shell Out. Resipi ini diambil dari dari laman web www.azhafizah.com dan blog sihatimerahjambu. Katanya stail hidangan lebih kurang di kafe terkenal itu tapi cara masakannya diolah mengikut cita rasa sendiri.

Bahan untuk pes:
  • Cili kering – direbus
  • Bawang besar
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Halia
  • Asam keeping (anggaran 2-3 keping)
Cara membuat pes:
  • Kisar semua bahan kecuali asam keeping.
  • Tumis dengan sedikit minyak dan dua tiga asam keping.
Cara memasak ketam:
  1. Panaskan minyak, senduk pes secukupnya.
  2. Tambah sos cili, sos tomato, sos tiram sos ikan (jika menggunakan sos ikan tak perlu menggunakan garam).
  3. Masukkan juga, kiub ikan bilis, sedikit gula, serbuk cili dan sedikit air
  4. Masuk ketam lalu tutup kuali supaya ketam masak
  5. Kacau beberapa biji telur dan curah atas ketam dlm kuali. Balik-balik kan ketam dan tutup kuali.
  6. Siap dimasak.
Cara memasak udang:
  1. Udang dibasuh bersih, ketuk beberapa ulas bawang putih diketuk.
  2. Di dalam kuali masuk sedikit pes lalu tambah sos cili
  3. Masak hingga kering sedikit
  4. Masuk udang, kacau dan tutup kuali seketika. Siap.
Cara memasak sotong:
  1. Sotong dipotong dan diperap dengan garam dan kunyit.
  2. Ambil sedikit pes campurkan dengan kiub ikan bilis dan sedikit gula. Lumur pada sotong.
  3. Masak menggunakan kuali non stick.
  4. Balik-balikkan kan hingga kering dan masak ( jangan ditutup kerana sotong berair dan lembik)
  5. Untuk kupang dan lala cara penyediaannya sama seperti sambal tumis.
Cara penyediaan sayur dan dressing:
  1. Brokoli, bunga kobis putik jagung, lobak merah di celur dlm air garam lalu ditos.
  2. Mayonis dicampur sos cili untuk rasa seperti sos Thousand Island
Hidangkan kesemua makanan di atas kertas parchment paper dan nasi jika mahu. Mudah saja membuatnya. Sesuai untuk hidangan famili. Gerenti puas hati makan masak sendiri. Kenyang dan lebih jimat. Pencinta seafood perlu cuba hidangan ini.

Sumber

Related Posts: