Nombor Plat Kenderaan Terkini Malaysia

Sudah ada desas-desus yang mengatakan Putrajaya dan Kuala Lumpur bakal menerima aksara baru untuk plat kenderaan baru. Berita ini sangat menggembirakan ramai kerana dilihat dapat memudahkan untuk diingat serta ringkas.

Nombor Plat Kenderaan Terkini Malaysia


Maka dengan ini tiada lagi nombor pendaftaran kenderaan di Kuala Lumpur yang menggunakan gabungan 3 iaitu [abjad] [nombor] [abjad]. Nombor pendaftaran di Kuala Lumpur selepas ini tidak lagi berakhir dengan “abjad”.

Putrajaya akan menerima aksara “F” bagi kenderaan baru yang didaftarkan bermula 1 Jun ini. Bidaan untuk nombor emas akan bermula akhir bulan ini (Mei 2016). Pastinya anda telah terfikir beberapa nombor emas seperti F 1, F 150, F 430 atau F 124 (FIZA). Plat F 1 di UK telah dibida oleh seorang usahawan dari Yorkshire dengan harga 6 juta pound sterling (34.7 juta MYR) untuk dipasang pada Bugatti Veyron yang harganya 440,000 pound sterling (2.5 juta MYR). Harga nombor plat lebih mahal dari harga kereta ooo…

Kuala Lumpur pula akan menerima aksara “V” menggantikan plat sekarang iaitu W [nombor] [abjad]. Ini sangat memudahkan dari segi kaedah untuk menampal nombor plat terutamanya pada motosikal. Saya sendiri mengalami masalah untuk menyusun nombor plat belakang motosikal saya dengan cantik dan pada masa yang sama tidak melanggar apa-apa peraturan. Beberapa nombor emas yang boleh difikirkan adalah V 1atau V 4 (konfigurasi enjin V4).

Plat V akan diperkenalkan selepas Hari Raya nanti iaitu pertengahan Julai.

Menurut laporan Shahrim Tamrin dalam theSun, Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Aziz Kaprawi memberitahu bahawa awalan “F” telah dipilih untuk pusat pentadbiran negara itu selepas menerima permintaan daripada Perbadanan Putrajaya (PPj) baru-baru ini.

‘F’ bermaksud Persekutuan (Federal). Bermula 1 Jun, ‘F’ akan menjadi awalan nombor plat Putrajaya yang baharu,” kata beliau, sambil menambah bahawa suatu notis bidaan tender bagi nombor keemasan (satu digit) akan dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akhir bulan ini.

“Bagi Kuala Lumpur pula, JPJ akan memperkenalkan ‘V’ selepas Hari Raya sebagai siri baharu awalan nombor, untuk memudahkan orang ramai dan menggalakkan pemilik kereta untuk membida nombor keemasan, nombor fancy (dua digit) dan nombor popular (empat digit), ” tambah Aziz.

Untuk semakan nombor plat kenderaan terkini mengikut negeri anda boleh layari link di bawah:

Semak sini: http://www.jpj.gov.my/transaksi-percuma-no.-pendaftaran-terkini

Nombor Plat Kenderaan Terkini Malaysia

Gambar di atas menunjukkan nombor pendaftaran kenderaan terkini 2016 yang boleh dilihat terus melalui laman web JPJ.

Sumber

Related Posts: