Cinta Ke Hujung Nyawa, Pasangan Maut Kemalangan & Isteri Sedang Hamil


Sehidup semati, takdir Ilahi untuk pasangan ini. Mengikat janji hidup bersama September tahun lalu selepas diijabkabulkan dan ternyata cinta antara mereka hingga ke hujung nyawa.

Pasangan suami isteri ini maut selepas motorsikal yang ditunggangi terlibat dengan kemalangan dengan sebuah kenderaan jenis Hilux.

Kisah kemalangan ini tersebar di media sosial dan menjadi tragis bila arwah isteri dikatakan terseret oleh kenderaan yang melanggar mereka sejauh 100 meter. Dan ketika itu arwah sedang hamil anak sulung.

Ramai yang tersentuh dan sebak membaca perkongsian rakan pasangan ini yang disifatkan sebagai pasangan yang cukup peramah.

Sama-sama kita doakan keduanya ditempatkan kalangan orang yang beriman.


Arwah Kak Zati tengah hamil anak sulung


Hospital suram


Source: www.vanillakismis.my

Related Posts: