Koleksi Ucapan SMS/Whatsapp Selamat Berpuasa Bulan Ramadhan 2016

SMS/Whatsapp Selamat Berpuasa Bulan Ramadhan 2016. Bulan ramadhan 2016 dijangka tiba tidak lama lagi. Mengikut kalendar, 1 Ramadhan 2016 bakal tiba pada hari isnin ini iaitu bersamaan 6 Jun 2016. Anak bulan akan dilihat pada 5 Jun 2016. Sudah tentu ramai yang ingin mengucapkan selamat berpuasa ramadhan 2016 untuk rakan-rakan serta ahli keluarga.

 Ucapan SMS/Whatsapp Selamat Berpuasa Bulan Ramadhan 2016

Dalam artikel kali ini kami ingin berkongsi dengan anda koleksi ucapan SMS/Whatsapp selamat berpuasa bulan ramadhan 2016. Anda boleh “copy dan paste” koleksi ucapan berpuasa bulan ramadhan 2016 ini dan hantarkan kepada kawan-kawan mahupun saudara mara.

Dibawah ini adalah koleksi ucapan SMS/Whatsapp untuk bulan Ramadhan 2016:
Jika hati seputih awan jangan biarkan ia mendung, Jika hati seindah bulan hiasi dengan senyuman… Marhaban Yaa Ramadhan… Selamat menunaikan ibadah puasa mohon maaf zahir dan batin.
Mengharap padi dalam lesung, yang ada cuma rumpun jerami
Harapan hati bertatap langsung, cuma terlayang sms ini
Sebelum cahaya padam, Sebelum hidup berakhir
Sebelum pintu taubat tertutup, Sebelum Ramadhan datang
Saya mohon maaf zahir dan batin
Marhaban ya Ramadhan, pucuk selasih bertunas menjulang. Dahannya patah tolong betulkan, puasa Ramadhan kembali menjelang, salah dan khilaf mohon dimaafkan. Selamat menunaikan ibadah puasa bagi tahun 2016 (1437 Hijrah)
Perkataan yang indah adalah ALLAH
Lagu yg merdu adalah AZAN
Media yang terbaik adalah AL-QURAN
Senam yg sihat adalah SOLAT
Diet yang sempurna adalah PUASA
Kebersihan yang menyegarkan adalah WUDHU
Perjalanan yang indah adalah HAJI
Khayalan yang baik adalah ingat akan DOSA dan TAUBAT
Mudah-mudahan di bulan yang suci ini hadir membawa iman dan takwa. AMIN.
Ya Allah, muliakan dan sayangilah saudaraku ini, bahagiakan keluarganya limpahkan rezekinya, kuatkan imannya. Berikanlah kenikmatan ibadahnya, jauhkan dari segala fitnah. Amin. “AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN”
Indah malam kerana bintang
Indah taman kerana bunga
Indah cinta kerana kasih sayang
Indah hidup kerana silaturahim
Oleh itu mari indahkan bulan Ramadhan dengan ibadahNYA
Sumber

Related Posts: