Koleksi Ucapan SMS Selamat Berpuasa Bulan Ramadhan 2016

Ucapan SMS Selamat Berpuasa Bulan Ramadhan 2016

Menjelang Ramadhan, setiap insan pastinya akan menggunakan kesempatan ini dengan menyampaikan ucapan memohon maaf mahupun ucapan selamat menjalankan ibadah puasa

Moga koleksi ucapan yang disertakan ini akan memeriahkan lagi suasana menyambut bulan puasa

Senarai Koleksi Ucapan Sms Selamat Berpuasa Bulan Ramadhan 2016


Berikut kami sertakan koleksi ucapan Selamat Berpuasa Bulan Ramadhan tahun 2016 bersamaan 1437 Hijrah untuk mereka yang mahu dedikasikan melalui sistem pesanan ringkas (SMS) atau di Facebook, Twitter, Instagram mahupun di rangkaian laman media sosial yang lain.

Ucapan Selamat Berpuasa Bulan Ramadhan 2016

Apabila dalam kata dan perbuatan terukir salah dan khilaf, yakni dengan segala kerendahan hati kecil ini ingin terucap mohon maaf setulus-tulusnya. Selamat menunaikan ibadah puasa Ramadhan
Ya Allah, muliakan dan sayangilah saudaraku ini, bahagiakan keluarganya limpahkan rezekinya, kuatkan imannya. Berikanlah kenikmatan ibadahnya, jauhkan dari segala fitnah. Amin. “AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN”
Marhaban ya Ramadhan, pucuk selasih bertunas menjulang.Dahannya patah tolong betulkan, puasa Ramadhan kembali menjelang, salah dan khilaf mohon dimaafkan. Selamat Menunaikan Ibadah puasa bagi tahun 2016 (1437 Hijrah)
Mengharap padi dalam lesung, yang ada cuma rumpun jerami
Harapan hati bertatap langsung, cuma terlayang sms ini
Sebelum cahaya padam, Sebelum hidup berakhir
Sebelum pintu taubat tertutup, Sebelum Ramadhan datang
Saya mohon maaf zahir dan batin 
Jika semua HARTA adalah RACUN maka ZAKAT lah penawarnya,
Jika seluruh UMUR adalah DOSA maka TAKWA dan TAUBAT lah UBATnya
Jika seluruh BULAN adalah NODA maka RAMADHAN lah pemutihnya
MOHON MAAF ZAHIR DAN BATIN, SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA
Kerana Gelap malamMU ku terjaga,
KeranaMU ku bergerak melangkah menuju mentariMU,
Kusambut pemberianMU , dengan harapan kudapat kerinduanMu
Selamat menunaikan Ibadah Puasa
Manusia tak pernah lari dari salah dan khilaf
Kerana manusia bukan makhluk yang sempurna
Di bulan yang suci ini mari kita bermaafan
Agar tiada dendam dan hasad dengki
Marhaban ya Ramadhan
Mohon maaf zahir batin
Perkataan yg indah adalah ALLAH
Lagu yg merdu adalah AZAN
Media yg terbaik adalah AL-QURAN
Senam yg sihat adalah SOLAT
Diet yg sempurna adalah PUASA
Kebersihan yg menyegarkan adalah WUDHU
Perjalanan yg indah adalah HAJI
Khayalan yg baik adalah ingat akan  DOSA dan TAUBAT
Mudah-mudahan di bulan yg suci ini hadir membawa iman dan takwa. AMIN
Parking EVO 10 merasa was-was
Tiada penjaga takut kecurian
Tidak puasa merasa was-was
Masuk neraka didera siksaan
Dahulunya ingin sekali ku memohon maaf padamu
Tapi dek kerana diriku terlalu malu ku pendamkan hasrat itu
Hari ini ku beranikan diri pinta sesuatu darimu
Menjelang puasa ku harap kau berikan maafmu
Setitik tinta jadi noda
setitik salah jadi dosa
Bulan penuh berkat segera tiba
Mari tekun ibadah di bulan puasa
Marhaban ya Ramadan, sambutlah dengan senyuman
CINTA datang dan pergi tanpa di duga
KASIH SAYANG datangnya tanpa terasa
HATI berkata tanpa dusta
Datangnya bulan RAMADHAN adalah RAHMAT, marilah kita menyambut BULAN ini dengan CINTA dan KASIH SAYANG
Indah malam kerana bintang
Indah taman kerana bunga
Indah cinta kerana kasih sayang
Indah hidup kerana silaturahim
Oleh itu mari indahkan bulan Ramadhan dengan ibadahNYA
Sumber 

Related Posts: