Asyik viral Apam Beras je, apa kata kali ini SAJI kongsikan resipi istimewa dari Chef Ismail iaitu Bingka Beras. Tapi tak guna beras pun…hehehe
Bahan-bahan
- 600 gm tepung beras
- 100 gm tepung gandum
- 600 ml santan cair
- 400 ml santan pekat
- 300 gm gula
- 300 gm gula merah
- 300 ml air
- 2 helai daun pandan
- ½ sudu kecil garam
- Sedikit bijan – sangai
- Satukan gula, gula merah, air dan daun pandan di dalam periuk. Kacau perlahan-lahan hingga larut. Biarkan sejuk.
- Santan cair digaul bersama tepung beras dan tepung gandum hingga sebati.
- Kemudian tuangkan air gula tadi. Kacau sebati dan ditapis.
- Selepas itu, masukkan santan pekat dan kacau lagi. Masak di atas api sederhana hingga bancuhan tadi separuh pekat.
- Sapukan acuan dengan minyak dan panaskan seketika.
- Masukkan adunan tepung dan taburkan bijan. Bakar di dalam ketuhar pada suhu 180°C selama25 minit hingga 30 minit atau sehingga masak.