Jenazah petinju legenda, Muhammad Ali selamat tiba di kampung halamannya di Louisville dari Arizona semalam dengan diiringi ahli keluarganya. Beratus-ratus peminat telahpun menunggu jenazah petinju itu rumahnya bagi memberi penghormatan terakhir.
Upacara pengebumian petinju itu yang dijangka pada Jumaat ini akan didahului dengan majlis penghormatan di stadium sukan Kentucky yang menjadi tempat Muhammad Ali membesar dan mendapat latihan pertama sebagai petinju.
Berikutan itu, sejak hari ini gambar Muhammad Ali disaat-saat terakhirnya sebelum meninggal mulai tersebar di internet. Jelas melalui gambar tersebut, kita dapat lihat wajahnya yang sarat menanggung kesakitan. Damailah disana.. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham.. Aaminn
Sumber