Fasha Sandha Tersalah Pegang, Netizen Mula Gelabah

Fasha Sandha Tersalah Pegang

Tajam sungguh mata para netizen. Ibarat kuman seberang laut pun boleh nampak. Beberapa jam yang lalu, Fasha Sandha memuat naik gambarnya bersama pelakon Jasmin Hamid di Instagram.

Kedua-duanya tampak cantik sangat dengan berbaju kebaya. Malah aksi manja Jasmin seperti mahu mencium pipi Fasha menunjukkan keakraban mereka.

Fasha Sandha Tersalah Pegang

Fasha memuat naik gambar tersebut dengan niat mahu berkongsi gambar di belakang tabir untuk program TV Mamu Mami Gosip episod ke 15 dan 16 bersama artis jemputan.

Tidak diketahui sama ada sedar atau tidak, gambar tersebut memperlihatkan tangan Fasha yang berada di kedudukan yang tidak sepatutnya.

Fasha Sandha Tersalah Pegang

Justeru ramai yang menyarankan dia memadam gambar tersebut agar tidak disalah erti dan diperbesarkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Mungkin gambar tersebut kelihatan begitu kerana sudut yang diambil. Kita berfikiran positif sahajalah. Apapun, baik Fasha mahupun Jasmin, kedua-duanya mempunyai mutu lakonan yang mantap.

Sumber

Related Posts: