Video Viral Makan Paku Pakis Boleh Sebabkan Kanser Itu Palsu!

Kalau korang ada ternampak video viral mengatakan paku pakis tak selamat untuk dimakan, video tersebut ternyata hanyalah palsu semata-mata.

Viral Paku Pakis

Menurut laporan di The Sun, pakar tumbuh-tumbuhan dan sains Prof Datuk Mohamed Abdul Majid menyangkal dakwaan video terbabit. Tambahnya lagi, tumbuhan paku pakis yang selalu dimakan di negara ini adalah selamat dan juga kaya dengan pelbagai nutrisi.

Viral Paku Pakis

Menurut video yang mengambil maklumat daripada Wikipedia berkenaan, mereka mendakwa ada tumbuhan paku pakis di negara ini tidak selamat kerana boleh menyebabkan kanser.

Viral Paku Pakis

Hakikatnya, kata Prof Mohamed, kandungan yang berbahaya berkenaan tidak ditemui dalam paku pakis yang dimakan di negara ini dan tumbuhan yang mereka maksudkan iaitu ‘braken fern’ tidak dimakan di Malaysia.

Viral Paku Pakis

Viral Paku Pakis

Fakta : negara ini mempunyai kira-kira 1,165 spesis paku, 50 daripadanya digunakan sama ada sebagai makanan atau ubat, hanya 5 jenis daripadanya sering dimakan oleh orang kita temasuklah  paku uban, paku tunjuk langit, and paku piai.

Source

Related Posts: