Zara Zya Cuba Bakat Dalam Bidang Nyanyian, Hasilkan Single Pertama

Selepas berjaya membina nama dalam bidang lakonan, kini Zara Zya, 33, mengetengahkan bakatnya sebagai penyanyi pula.

Zara Zya

Jika Zara pernah mencipta kejutan menerusi drama Love You Mr Arrogant pada 2013, untuk nyanyian pula dia tampil berani pertaruhkan single berjudul Tiada Dendam.

Seperti yang dilaporkan HM Online, Lagu balada ini hasil ciptaan bersama komposer Lieynur Liey dan Fauzi Aisunam dan liriknya ditulis Iman Imran.

Zara berkata, dia sudah sedia meluaskan bakatnya dalam bidang nyanyian.
“Lagu ini saya rakamkan sebagai hadiah untuk peminat yang setia menyokong selama ini. Tiada Dendam sangat istimewa kerana melodi dan liriknya amat positif. Saya mahu semua yang mendengar lagu ini menjadi positif dan sentiasa tenang.
“Walau apa pun yang dilalui dalam kehidupan ini, tetap kena kuat, cekal dan tabah. Mesti ada hikmah yang menanti,” katanya.
Zara Zya

Anak jati Perak ini berkata, dia sangat berharap peminatnya terhibur dengan single terbabit.
“Saya kuatkan semangat untuk menghasilkan single ini sebaik yang mungkin demi anda semua, peminat kesayangan saya”, katanya.
Zara berkata, apa yang diperolehnya dalam kerjaya seni hingga berjaya pada tahap sekarang kerana sokongan padu daripada peminat.

Sejak kelmarin, Tiada Dendam sudah boleh didengar di Apple Music manakala video liriknya telah dilancarkan di saluran YouTube Life Records Malaysia.

Zara Zya

Tiada Dendam juga boleh didengar bermula semalam di beberapa platform digital popular seperti Spotify, Joox, Kkbox dan Deezer.

Tiada Dendam diterbitkan secara kerjasama menerusi Zara Zya Management Sdn Bhd dengan Life Records dan Waznah Sdn Bhd dari Brunei Darussalam.

Source

Related Posts: