Misteri, Kanak-Kanak Perempuan Berambut Panjang Muncul di Fun Fair

Misteri, Kanak-Kanak Perempuan Berambut Panjang Muncul di Fun Fair

Selain manusia, ada makhluk lain lagi yang hidup sama seperti jin dan syaitan yang dipanggil makhluk halus di dunia ini.

Bezanya manusia tidak dapat melihat makhluk halus. Cuma dalam keadaan tertentu, makhkluk halus ini boleh menjelma sehingga boleh dilihat oleh manusia.

Terbaharu, seorang wanita yang dikenali sebagai Iqin Nordin berkongsi video dan beberapa keping gambar di Twitter yang boleh dikatakan agak misteri.
Kejadian ni jadi dekat funfair Putrajaya. Tengok eh betul betul dlm vid ni depan budak perempuan baju pink yang melambai tu kosong kan? Dia sorang je dalam train tu pic.twitter.com/uUEA5ChfAz
— Little Mermaid 🧜🏼‍♀️ (@iqinnordin) December 25, 2017
Kejadian aneh yang berlaku di sebuah ‘fun fair’ di Port Dickson, Negeri Sembilan itu menunjukkan kehadiran atau kemunculan entiti misteri menyerupai seorang kanak-kanak perempuan berambut panjang.

Posting tersebut mendapat reaksi dan perhatian sehingga mendapat ribuan retweet di Twitter. Menurut Iqin pada mulanya dia menyangka kejadian itu berlaku di ‘fun fair’ Putrajaya.

Misteri, Kanak-Kanak Perempuan Berambut Panjang Muncul di Fun Fair

Peliknya, dalam video yang yang dikongsi, kelibat kanak-kanak perempuan berambut panjang itu langsung tidak kelihatan. Namun, apabila melihat gambar-gambar yang diambil, ia berlaku sebaliknya.

“Kejadian ini jadi dekat ‘fun fair’ Putrajaya. Tengok betul-betul dalam video ini di hadapan budak perempuan berbaju pink yang melambai itu kosongkan? Dia sorang sahaja yang berada dalam train tersebut.

“Ini apabila mereka ambil gambar, dalam train itu sudah menjadi dua orang. Ada ‘extra’ pula tiba tiba,” tulisnya.
Ni bila diorang snap gambar. Dalam train tu dah jadi dua orang. Ada extra pula tiba tiba. pic.twitter.com/WLg9eNljwR
— Little Mermaid 🧜🏼‍♀️ (@iqinnordin) December 25, 2017
Menurut Iqin lagi, keretapi yang dinaiki itu tidak akan berhenti mengambi orang lain selagi tidak menghabiskan pusingannya. Justeru, dari mana datangnya kanak-kanak perempuan berambut panjang itu.

Sama ada ia benar-benar makhluk halus atau sebaliknya, kita perlu ingat bahawa bukan kita sahaja yang menghuni bumi ini. Banyakkan berzikir dan membaca ayat-ayat suci al-Quran untuk mengelakkan gangguan syaitan.

Sumber

Related Posts: