Sultan Selangor Kahwin, Raja Muda Selangor Ucap Tahniah dan Gembira

Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah mengucapkan tahniah kepada ayahandanya di atas pernikahan baginda baru-baru ini dengan berkata beliau menyokong keputusan dibuat Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Sultan Selangor Kahwin

Saya Gembira Untuk Anda, Kata Raja Muda Selangor Tengku Amir Kepada Sultan Sharafuddin
“Saya tiada apa-apa tetapi kagum dengan
lelaki ini yang saya panggil sebagai ayahanda.
“Saya akan sentiasa menyokong dan berada di belakangnya, saya sentiasa berbangga menjadi anakmu.
“Alhamdullilah, dan tahniah ayahanda! Saya amat gembira untuk anda,” tulis putera raja itu di laman Instagramnya pada Jumaat.
Sultan Sharafuddin Idris Shah selamat diijabkabulkan dengan penyampai berita RTM,  Norashikin Abdul Rahman pada 31 Ogos lalu.

Tengku Amir berkata hubungannya dengan Sultan Sharafuddin sama seperti bapa dan anak lelaki mereka yang lain.
“Ayahanda sama seperti lelaki lain. Hubungan kami sama seperti bapa dan juga anak lelaki mereka.
“Baginda memberikan saya kehidupan, berkorban untuk saya, membimbing saya apabila saya kecewa dan memberi contoh terbaik kepada saya bagaimana untuk menjadi seorang pemimpin yang hebat.
“Seorang lelaki yang kuat semangat, pejuang yang berani, seorang Sultan yang bijaksana dan disayangi rakyatnya,” kata Tengku Amir.
Sultan Sharafuddin selamat diijabkabulkan dengan pasangannya, Norashikin Abdul Rahman yang juga personaliti televisyen di Masjid Istana Diraja, Istana Alam Shah, Klang pada Rabu lalu.

Setiausaha sulit kepada Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani berkata, pernikahan baginda disempurnakan oleh Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abdul Wahid dalam satu majlis secara sederhana dan ringkas.

Majlis pernikahan turut dihadiri oleh Timbalan Mufti Selangor, Dr Anhar Opir; bekas timbalan mufti negeri, Mohd Rasid Mahful dan ahli majlis Agama Islam Selangor, Datuk Salehuddin Saidin.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah bapa dan ahli keluarga pengantin perempuan.

Norashikin, 45, bekas pramugari Malaysia Airlines pernah berkahwin dengan Mustapha Kamal Halim, seorang juruterbang Etihad Airlines. (Sumber)

Related Posts:

0 Response to "Sultan Selangor Kahwin, Raja Muda Selangor Ucap Tahniah dan Gembira"

Catat Ulasan