Spesifikasi Harga dan Gambar Proton Perdana Baru 2016

Gambar Proton Perdana Baru 2016

Proton Holdings Bhd. (Proton) telah melancarkan versi baharu kereta Proton Perdana generasi ke-4 secara rasmi dalam majlis pelancaran yang berlangsung pada hari Selasa 14 Jun 2016 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Proton Perdana baharu (The New Perdana) itu dibina melalui kerjasama strategik bersama Honda Japan Ltd di bawah inisiatif perkongsian platform bagi mempertingkatkan daripada segi pengendalian kereta dan keselesaan.

Proton Perdana didatangkan dengan tawaran dua varian iaitu 2.0 dan 2.4 liter, menampilkan kereta sedan eksekutif yang sofistikated (canggih) serta bergaya.

Gambar Proton Perdana Baru 2016

Gambar Proton Perdana Baru 2016

Spesifikasi dan Harga Proton Perdana Baru 2016

Gambar Proton Perdana Baru 2016

Secara ringkasnya, The New Perdana bagi varian 2.0 didatangkan dengan enjin SOHC empat silinder 16 injap yang menghasilkan 154 kuasa kuda (bhp) dan kilas (tork) 189Nm.

Gambar Proton Perdana Baru 2016

Manakala Varian 2.4 pula dipadankan dengan enjin DOHC empat silinder 16 injap yang menghasilkan 178 bhp dan 222Nm tork.

Gambar Proton Perdana Baru 2016

Kedua-dua Proton Perdana bagi varian 2.0 L dan 2.4 L itu berharga RM113,888 dan RM138,888

Tempahan Kereta Proton Perdana Baru 2016


Bagi yang berminat boleh membuat tempahan dengan bayaran deposit sebanyak RM1,000 di lokasi pameran Proton Edar yang berhampiran di seluruh negeri

Gambar Ciri-Ciri Proton Perdana Baru 2016 Varian 2.4l

Gambar Proton Perdana Baru 2016

Gambar Proton Perdana Baru 2016

Gambar Proton Perdana Baru 2016

Gambar Proton Perdana Baru 2016

Penerangan Spesifikasi Kereta Proton Perdana Baru 2016

Proton Perdana 2016 masih lagi mengekalkan enjin Honda K24Z I-VTEC aci sesondol berkembar untuk varian 2.4L (178 hp/222 Nm) dan R20A I-VTEC aci sesondol tunggal untuk varian 2.0L (154 hp/189 Nm).

Proton Perdana 2016 memiliki ukuran 5,020 mm panjang, 1,845 mm lebar, 1,475 mm tinggi dan jarak roda pula 2,800 mm. Tangki bahan apinya pula berkapasiti 70 liter.

Proton Perdana 2.4L Premium dilengkapi dengan lampu utama projektor xenon (projektor halogen untuk model 2.0L) turut disertakan dengan lampu nyalaan siang LED. Ia juga dihiasi dengan kit badan termasuk skirt sisi dan spoiler di bahagian belakang.

Ia juga dilengkapi dengan Bantuan Parkir termasuk pengesan di bahagian hadapan dan belakang. Selain itu, aspek keselamatan yang ditampilkan pada Perdana 2016 ini, pastinya bersama ABS dan EBD serta Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC).

Bahagian kabinnya tidak banyak berbeza dengan apa yang ditampilkan pada Honda Accord. Ia turut dilengkapi dengan pedal penukar gear dan kawalan kelajuan pada roda stereng, sistem hiburan dan navigasi GPS, penghawa dingin dua-zon, kamera undur, dan tempat duduk larasan kuasa dengan lapan cara untuk pemandu.

Proton Perdana 2016 turut didatangkan dengan enam pilihan warna iaitu Graphite Grey, Sterling Silver, Ruby Red, Cotton White, Midnight Black dan Citrine Gold.

Sumber

Related Posts: