Ini Rahsia Kajol Makin Cerah dan Cantik Sekarang

Ini Rahsia Kajol Makin Cerah dan Cantik Sekarang

Rasanya ramai yang sudah menonton filem Diwale yang tengah meletup di panggung sekarang. Gara-gara Kajol dan Shah Rukh Khan yang menjadi teraju utama filem ini ada jugak yang tengok berulang kali untuk memuaskan hati.

Selain banyak yang memperkatakan tentang keindahan lokasi penggambaran lagu dan filem ini satu lagi komen yang kerap didengar tentang Diwale ini adalah kejelitaan Kajol yang makin terserlah. VK pun perasan perkara ini.

Tak dinafikan pada usia 42 tahun, isteri kepada Ajay Devgan dan juga ibu kepada dua orang anak ini dilihat makin cerah dan cantik. Malah tampak ketara berbeza dengan penampilannya 15 tahun lalu dalam filem Diwale Dulhaniya Le Jayange.

Apa rahsia aktres ini? Untuk merungkai kemusykilan ramai kaum wanita tentang perkara ini, VK kongsi tip kecantikan dari Kajol ketika ditemuramah oleh Filmibeat. Seperti kita di sini, peminat Kajol di India juga turut merasakan perkara yang sama.

Ini Rahsia Kajol Makin Cerah dan Cantik Sekarang

Kulit cerah kerana elak cahaya matahari

Melihat pada kulit wajahnya yang makin cerah dalam filem Diwale, ramai yang mendakwa aktres ini melakukan pembedahan melanin atau skin melanin surgery namun ia disangkal. Ujar Kajol, tona kulitnya makin cerah berbanding dahulu kerana dia mengelak dari terkena sinaran matahari.
"10 tahun saya bekerja berlakon di bawah terik mentari membuatkan kulit saya gelap. Kini saya tak lagi bekerja begitu, sebaliknya lebih banyak berada di rumah jadi kulit saya makin putih. Ia bukan kerana pembedahan," ujarnya dalam Flimibeat.

Cukup tidur, rahsia kekal muda dan segar

Untuk kelihatan segar seperti gadis remaja ujar Kajol dia memastikan mendapat cukup tidur antara lapan hingga 10 jam sehari.
"Saya tidurkan anak pada jam 9.30 malam dan saya sendiri akan lena selepas mereka melelapkan mata. Saya tidak berjaga lewat malam dan tidak menghadiri parti. Jika ada kerja malam, sebaik selesai saya akan terus pulang. Satu lagi saya juga minum cukup air antara 9 hingga 10 gelas sehari,"jelasnya.

Senaman ketat kembalikan bentuk badan

Selepas melahirkan anak, tak dapat dinafikan tubuhnya berisi, namun dia punya keazaman yang kuat untuk kurus. Oleh itu dia melakukan regim senaman yang ketat untuk mengembalikan bentuk tubuh yang asal. Kajol menghabiskan masa satu setengah jam hingga dua jam setiap hari untuk melakukan senaman. Selain itu kelas menari juga banyak membantunya mengekalkan bentuk tubuh.

Ringkas saja tip yang dikongsi Kajol. Tak dapat cantik macam Kajol, nampak cerah dan segar pun jadilah.

Sumber

Related Posts: