Begini Caranya Kalau Mahu Wajah Kekal Segar dan Berseri Ketika Berpuasa

Wajah Kekal Segar Dan Berseri Ketika Berpuasa

Ketika berpuasa di bulan Ramdan fungsi tubuh berubah. Tubuh mudah kekurangan cecair dan menunjukkan tanda-tanda dehidrasi seperti bibir kering dan pecah-pecah, lingkaran hitam di bawah mata, serta kulit yang kering.

Ini menyebabkan wajah kita kelihatan kusam dan tidak berseri. Bagi memastikan wajah terus nampak segar ketika berpuasa amalkan petua mudah ini.

1. Minum banyak air putih ketika sahur dan berbuka. Air akan menjaga keanjalan kulit dan dapat mengelakkan dehidrasi.

2. Gunakan pelembap lebih dari biasa agar kulit tidak kering di siang hari. Pilih pelembap bentuk gel atau krim yang mudah diaplikasi sebelum mengenakan bedak.

3. Jika kulit anda sensitif dengan pelembap gel gunakan pelembap bentuk spray. Sembur 30 sm dari wajah dan biarkan sampai kering. Hindari menyentuh atau mengusap wajah.


4. Tidur minimum enam jam sehari agar kulit tidak kusam dan dihantui lingkaran hitam di bawah mata. Sebaiknya tidur awal kerana anda harus bangun awal untuk bersahur.

5. Sentiasa sediakan sebotol losen badan untuk digunakan beberapa kali sehari terutama di bahagian tangan, siku, lutut dan kaki.

6. Pakai pelembap bibir atau lipbalms yang mengandung shea butter agar bibir terasa lembap dan tidak kering.

Semua petua ini mudah, menggunakan apa yang memang ada jadi tiada alasan untuk tidak mengamalkannya.

Source

Related Posts: